![]() |
| Gambar yang diambil di Gunung Inas di Baling yang semakin botak. |
Kerajaan Negeri didakwa cuba berselindung di sebalik projek Ladang
Rakyat untuk menutup kepincangan yang berlaku membabitkan penebangan
balak yang berleluasa di sekitar Baling dan Sik. Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kerajaan
Pakatan Rakyat (PR) Kedah harus bertanggungjawab atas kerakusan menebang
balak seterusnya menjejaskan kawasan tadahan air termasuk merosakkan
ekosistem alam semula jadi kawasan berkenaan.
