Saturday, May 19, 2012

Tahniah!!! Pas bakal letak calon bukan Islam di Kedah


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diberikan kepada para penyokong Pas Kedah, atas sokongan yang tidak berbelah bagi yang diberikan kepada pimpinan Pas peringkat negeri dan pusat selama ini. Disebabkan hasil perjuangan memartabatkan Islam selama ini dan usaha mentarbiahkan orang bukan Islam, Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw telah mendapat 'green light' dari 'orang atas' Pas untuk meletakkan calon bukan Islam sebagai calon Pas Kedah pada PRU13 nanti.


Kenyataan ini bukan propaganda UMNO, tetapi merupakan kenyataan dari Pang Chaw yang mengatakan, perkara ini sudah pun dipersetujui Pas pusat. Oleh itu DHPP akan memberikan senarai calon Islam dan Melayu mereka untuk diletakkan di Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak. Rujuk kenyataan beliau, Pas Setuju Letak Calon Bukan Islam.

Yang paling menarik, siapakah yang paling beruntung dengan senario ini? Sudah tentu DAP, kerana perwakilan mereka ada di dalam semua parti dokongan 'PAKATAN' dan cita-cita mereka untuk menjadi lebih dominan bakal membuahkan hasil. 
 
Sebelum ini, Pas begitu berbangga dengan penubuhan DHPP, kononnya mereka dan Pas telah mula diterima oleh orang bukan Islam. Namun tabiah yang diberikan selama ini rupanya mempunyai agenda tersembunyi, dan ia amat mengejutkan pimpinan dan penyokong Pas. 

Inilah yang dinamakan 'kelingking telah menjolok mata', dan penyokong fanatik dan tegar Pas pasti akan menerima mentah-mentah semua keputusan yang dibuat oleh pimpinan atasan. Sbb andai bersuara menentang sudah pasti akan 'dipinggirkan' dan berkesudahan dengan 'disingkir' seperti nasib yang telah menimpa, mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali.

Nampaknya apa jua yang telah dibangkitkan oleh Hassan Ali sebelum ini, mula menjadi kenyataan satu demi satu. Pas benar-benar telah terperangkap dan tersepit dengan strategi 'terlalu mahu menang' yang mereka amalkan selama ini, natijahnya mereka tersepit dengan kemaraan kumpulan 'Endorgan' dan 'parasit' yang cuba mengawal Pas mengunakan 'remote control' dan di masa yang sama terpaksa berhadapan dengan gesaan dari penyokong bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...