Saturday, May 19, 2012

Isu KUIN, bukti NEGARA BERKEBAJIKAN bukan RETORIK






Pas sekali lagi membuktikan, slogan negara berkebajikan yang dilaung-laungkan bukan sekadar retorik atau omong kosong semata-mata. Terbaru, Keputusan Pas Kedah menaikkan yuran pengajian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mulai Julai depan merupakan contoh perlaksanaan dalam mengharmonikan kebajikan rakyat.


Ianya amat selari dengan agenda Nuar Berahim yang sebelum ini kononnya mahu memberikan pendidikan percuma di negara ini andai berjaya merampas kerajaan pusat. Menurut makluman semua pelajar KUIN yang ingin menyemak atau mendapatkan keputusan untuk kemasukan akan dikenakana dengan bayaran sebanyak RM25 HENGGET.

Yuran yang dikenakan itu mungkin bertujuan untuk menampung kos pengurusan atau perkhidmatan memandangkan fail-fail yang perlu diteliti terlalu menimbun dan banyak. Maka pihak pengurusan memerlukan sekurangkan 5-7 orang kakitangan hanya untuk memeriksa fail-fail tersebut. Maka alasan mengenakan bayaran itu adalah amat RASIONAL dan MASUK AKAL.

Tambahan pula baru-baru ini semua pelajar di seluruh negara telah menerima sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM100 dan pemberian baucer buku RM200. Jadi adalah amat tidak salah untuk kerajaan negeri untuk 'mengePOW' sedikit dari pemberian itu.

Al maklumlah, nak minta sendiri dengan kerajaan pusat, MALULAH BEB!!! kerana hanya akan memperlihatkan kebodohan kerajaan negeri Kedah dalam mengurus tadbir sumber pendapatan. Jalan terbaik 'mencuri' secara berlapik dari pelajar sebagai bukti pengorbanan mereka untuk menuju ke negara BERKEBAJIKAN.

Itu tidak termasuk isu menaikkan yuran pelajar bagi menampung kos pengurusan kolej tersebut. Dan yang paling MALANG sekali ada laporan yang mengatakan gaji-gaji untuk para pensyarah juga telah tertunggak untuk beberapa bulan.Walaupun ramai yang merungut, namun memang telah menjadi doktrin PAS selama ini untuk mengamalkan kerja di sebalik slogan 'fisabillilah' atau dalam bahasa melayu kerja ke JALAN ALLAH.

Maka semua itu amat selari dengan konsep NEGARA BERKEBAJIKAN ala PAS, iaitu negeri amat mengharapkan agar kos KEBAJIKAN ditanggung oleh rakyat. Pada siapa yang cuba untuk komplain macam-macam bakal dijatuhkan dengan hukuman 'fatwa moden' ala Pas iaitu 'FASIK' kerana menentang keputusan ulama PAS.

ps: Mana pergi duit balak sebanyak RM80juta setahun yang sering dipasakkan dalam ceramah-ceremah Mat Sabu????? Dan mana pergi peruntukkan selenggara jalan yang berjumlah 28juta??? Takkan hantar pi Tabung MEMALI kot????????
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...