Saturday, May 19, 2012

SIKAP AZIZAN RAZAK MEMALUKAN KEDAH


Penipuan Pas Kedah mengenai projek SULIHH yang dibangga-banggakan mereka hanya sekadar di pentas ceramah sahaja..Pada mata kasarnya projek SULIHH ini gagal sama sekali apabila Azizan Razak sendiri mengakui bahawa projek itu mempunyai pelbagai masalah.

Kegagalan Pas Kedah menarik balik tawaran yang diberi kepada Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd itu walaupun tempoh yang diberikan kepada syarikat itu telah tamat pada hujung 2010 menjadi tanda tanya..

MTK tidak faham kenapa Pas Kedah masih menanti MERAPOH sama ada berminat atau tidak untuk meneruskan projek itu..Sedangkan ada lagi syarikat lain yang berminat untuk melabur..

Yang paling tidak diterima,kerja kerja penambakkan tanah persisiran pantai Yan bermula dari Sg. Limau ke Kuala Sungai Daun, Daerah Yan sudah dimulakan..Tanah tanah yang terlibat pula dimiliki oleh orang Melayu.

Jadi keghairahan pas meletakkan SULIHH salah satu dalam PENCAPAIAN KITA amat memalukan.Ternyata projek SULIHH ini salah satu KEGAGALAN PALING BESAR DALAM SEJARAH Kerajaan Negeri Kedah dimana ianya melibatkan pelaburan sebanyak RM 36Bilion..Inikah kerja cara Islam Azizan Razak?

Kenapa masih berteka teki dalam projek ini..MTK sebagai anak jati Kedah mahukan penjelasan terperinci.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...