Wednesday, May 16, 2012

Aktiviti Balak : Azizan Razak Rakus!!!!!!


Pendedahan di beberapa buah blog pro-UMNO/BN dari Kedah baru-baru ini mengenai skandal aktiviti pembalakan di beberapa hutan simpan di negeri itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Meskipun ia dianggap remeh oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang berbangga dengan hasil pungutan balak yang mencecah RM80 juta pada tahun lalu, pendedahan tersebut jelas membuka ramai pihak mengenai “rahsia” modus operandi dan pembolotan hasil semulajadi di negeri Jelapang Padi itu.

Sebuah laman blog, Kedahan69ers.com misalnya mendedahkan tentang kerakusan kerajaan pimpinan Azizan Razak itu menggondolkan Hutan Simpan Gunung Inas yang dahulunya memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi sehingga menjadi tumpuan pelancong.
Begitu juga dengan beberapa laman blog Team Media Kedah (TMK) yang mendedahkan isu yang sama mengenai membolot hasil bumi di Hutan Simpan Tasik Pedu yang menyaksikan bagaimana pokok sebesar betis pun dicantas dan dijadikan “balak”.
Sebenarnya, isu balak di Kedah pernah ditimbulkan tahun lalu oleh akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan sebilangan penduduk kampung di Kupang, Baling, menahan sebuah lori balak kerana berang terhadap aktiviti pembalakan luar kawalan di Gunung Inas.
Para penduduk kampung tersebut marah memandangkan tiada pemantauan sewajarnya dari pihak berkuasa terhadap aktiviti pembalakan di situ sehingga menyebabkan Lata Chelak yang menjadi tarikan pelancongan dan tumpuan penduduk setempat tercemar teruk.
Bayangkan, airnya yang dahulunya jernih kini bertukar menjadi sekeruh ‘teh ais’!
Begitu juga dengan hasil pendapatan para penduduk kampung yang bergantung dengan hasil hutan di situ terjejas teruk serta ancaman haiwan liar yang dikhuatiri akan masuk ke kawasan kediaman orang kampung ekoran habitat semulajadi mereka dihapuskan oleh Azizan Razak.
Menyedari “boss”nya diserang, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor cuba menyelamatkan Azizan dengan menyalahkan Kerajaan BN terdahulu yang kononnya meluluskan kawasan tersebut sebagai kawasan pembalakan.
Padahal, Sanusi berbohong! Hakikatnya, pada tahun 2003, sebuah syarikat pembalakan pernah memohon kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Syed Razak untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas dengan menggunakan kaedah helikopter.
Bagaimanapun permohonan tersebut tidak diluluskan ekoran dikhuatiri menjejaskan hutan simpan itu dan cadangan pembalakan di kawasan tersebut ditentang keras oleh ADUN Lunas ketika itu, Saifuddin Nasution!
Namun, mengapa Azizan meluluskan kawasan Hutan Simpan Gunung Inas tersebut sebagai kawasan pembalakan? Sanusi Mohd Nor sekali lagi cuba menyelamatkan Azizan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai “Ladang Rakyat”.
Menurut perancangannya, sebanyak 5,000 hektar hutan simpan itu akan bertukar menjadi kebun getah penduduk di situ selepas Gunung Inas itu digondolkan oleh kontraktor-kontraktor Cina yang diberikan “compartment” balak.
Begitu juga modus operandi projek pembalakan Azizan Razak di Hutan Simpan Tasik Pedu. Sama gondolnya macam di Gunung Inas. Balak tanpa mengira saiz matang tidak dipeduli asalkan membawa wang masuk kepada Kerajaan PAS Kedah. Selagi boleh angkut, mereka angkut!
Persoalannya, apakah kerana mahu memenuhkan kantung Kerajaan PAS yang dipercayai bakal digunakan untuk persediaan dan kempen PRU ke-13 nanti, maka alam semulajadi, lokasi pelancongan, nasib rakyat dan pencemaran boleh diketepikan begitu saja?
Tidak cukupkah dana yang disediakan oleh Anwar Ibrahim untuk PAS gunakan bagi mempertahankan kuasa di Kedah? Padanlah Kerajaan PAS Kedah mampu mengaut untung sebanyak RM80 juta tahun lalu dari hasil balak!
Sebenarnya, Kerajaan BN Kedah dulu pun mampu mengaut untung lebih dari industri pembalakan di negeri itu. Namun dek kerana sayangkan keindahan bumi dan tidak mahu melihat pencemaran, industri pelancongan serta sayangkan negeri, aktiviti pembalakan di negeri itu telah dikawal ketat.
Analisis PAS sendiri menyedari bahawa kemarahan rakyat kepada kerakusan kerajaan pimpinan mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa pada PRU ke-13 ini. Justeru, Kerajaan BN Kedah yang dijangka mengambil alih negeri itu nanti bakal menghadapi tugas berat untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh PAS.
Harapan saya agar segala kemusnahan dan kedunguan PAS dalam mentadbir negeri Kedah selama sepenggal itu akan memberikan pengajaran berguna kepada seluruh rakyatnya.
Meskipun Azizan dikatakan pemimpin PAS yang paling “brilliant” di Kedah, dia tidak dapat menandingi kecekapan pentadbiran BN di negeri Jelapang Padi itu. Itu fakta yang akan menjadikan Azizan sebagai MB PAS terakhir di Kedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...