Tuesday, July 3, 2012

PERTAMBAHAN PUSAT HIBURAN, MUKHRIZ SELAR KERAJAAN PAS KEDAH

SLOGAN BARU PAS MEMBANGUN BERSAMA 'NIGHT CLUB'

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan PAS gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008. Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.


Beliau berkata ketiga-tiga daerah itu tidak mempunyai pusat hiburan sebelum Kedah diperintah PAS.

"Kerajaan negeri perlu kawal pusat hiburan ini dan mengambil tindakan terhadap pengusaha tidak berlesen yang menjalankan perniagaan secara haram," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata selain umat Islam, masyarakat bukan Islam juga tidak senang sekiranya pusat hiburan di negeri ini tumbuh secara tidak terkawal tanpa ada sebarang keperluan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...