Friday, June 1, 2012

HADI AWANG 'SINIS' BALUN NIK AZIZ BIADAP TOLAK CALON PM BANGSA MELAYU..!!



Kenyataan Diktator PAS Nik Aziz yang membawa pendirian Parti tidak mengutamakan Bangsa Melayu sebagai Pra Syarat Utama calon Perdana Menteri jika menang pada PRU13 kelak disanggah Presiden PAS Hadi Awang. Hadi Awang malah memberi kenyataan bercanggah susulan penerangan Nik Aziz kepada media secara terbuka dengan mendakwa PAS akan tetap merujuk dan menghormati Perlembagaan Negara yang mengikhtiraf calon PM berkriteria Agama Islam dan Berbangsa Melayu bagi menghormati kedua2 asas utama perjuangan Negara sebagai masyarakat peribumi Malaysia.

Namun beliau kembali membisu akibat pergelutan PAS berkaitan status Kerajaan Perpaduan.



Malah Hadi Awang turut menjelaskan PAS sentiasa mengikhtiraf Melayu sebagai perjuangan kaum yang membawa semangat Assabiyah positif. Beliau juga menolak kenyataan ini mebawa fahaman kebangsaan kerana PAS dakwanya meletakkan Islam sebagai asas utama disusuli dengan pembelaan mertabat kaum Melayu.

Beliau mendakwa kenyataan bercanggah dari mana2 Pimpinan Parti merupakan pandangan peribadi dan bukan secara rasmi dari PAS.

Kenyataan yang dikeluarkan MP Marang ini menerusi Himpunan Hijau PAS di Kedah dilihat kembali sekali lagi mencetuskan kontroversi berkaitan perjuangan Bangsa Melayu dari kalangan Pakatan.

Hadi Awang pada tahun 2008 pernah mengakui peranan besar masyarakat Bangsa Melayu dalam memperluaskan dakwah penyebaran dan perikhtirafan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang sehingga hari ini terpelihara menerusi Perlembagaan Negara.

Katanya lagi, mana2 pihak yang memperlekeh kedaulatan Bangsa Melayu di Negara ini sebagai tidak menghormati Agama Islam di Negara ini.


Nik Aziz sebelum ini menolak Pra Syarat Bangsa Melayu sebagai kriteria bagi jawatan PM kerana ianya merupakan fahaman Kebangsaan yang jelek dan tidak releven. Nik Aziz mendakwa PAS menerima bangsa selain Melayu bagi memegang jawatan PM asalkan dirinya beragama Islam.
 
Sumber : Gelombang Rakyat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...