|  | 
| Umi Hafilda Dedah, RM3 Bilion Akaun Sulit Anwar | 
Tujuh lagi badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung 
dakwaan 20 akaun bernilai RM3 bilion dikawal ketua pembangkang Datuk 
Seri Anwar Ibrahim. NGO tersebut diketuai Badan Generasi Prihatian 3R 1Malaysia (BGP3R) 
Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini
 Selasa.
Pengerusi BGP3R Kedah, Mansor Ahmad berkata polis perlu segera 
menyiasat dakwaan itu bagi membuktikannya kerana ia melibatkan satu 
jumlah besar. Semua tujuh NGO terbabit juga akan membuat laporan sama kepada 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, 
katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Selain BGP3R, enam lagi NGO itu ialah Kelab Kebajikan Parlimen Kuala 
Kedah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
 Taman Pelangi Alor Setar, Pertubuhan Kemajuan Rakyat Islam 
Se-Malaysia( Kris) Kedah, Persatuan Belia 1 Gerakan Komuniti 1Malaysia, 
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan 
Persatuan Menembak Negeri Kedah.
 
 
 
 

No comments:
Post a Comment