Friday, June 15, 2012

AKHIRNYA JAS KELUAR ARAHAN HENTIKAN 'PEMBANGUNAN' GUNUNG INAS


Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.

"Laporan penilaian EIA bagi projek itu tidak diluluskan oleh JAS. Adalah penting perkara ini disemak terlebih dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di kawasan berkenaan hendaklah dihentikan serta-merta," kata.

JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan berkenaan untuk ditanam dengan getah klon balak dalam tempoh lima tahun. Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu kerana projek itu dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...