Friday, May 25, 2012

SEBARKAN DAN JEMPUT HADIR!!!


Pada 25 Mei 2012 (Jumaat) beberapa siri himpunan  rakyat akan diadakan bagi menyatakan bantahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpina n PAS. Semua dijemput hadir bagi menyatakan sokongan. 


1) Selepas Solat Jumaat, akan diadakan demonstrasi di dataran hadapan Masjid Zahir, Alor Setar bagi membantah janji-janji PRU oleh PR yg masih  tidak ditunaikan sehingga kini. Himpunan tersebut akan dianjurkan oleh Persatuan Penjaja Alor Setar yang turut mendapat sokongan dari pelbagai pertubuhan NGO.

2) Bertempat di Kampung Sungai Si Putih, para penduduk kampung akan mengadakan satu himpunan membantah tindakan kerajaan negeri Kedah berhubung isu tempat pembuangan sampah di kampung tersebut yang melibatkan 8 buah kampung pada jam 3.30 petang.

3) Seterusnya di hadapan Kompleks Rakan Muda, Baling satu Himpunan Anak-Anak Muda akan diadakan pada jam 5.00 petang berkaitan isu pembalakan di daerah baling yang menyebabkan kualiti dan sumber air masyarakat terjejas dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.  Sejurus selepas itu, semua peserta akan mengadakan konvoi mengelilingi kawasan parlimen baling dan DUN kupang dengan memakai baju hitam sebagai simbolik bantahan.

Sekian, untuk makluman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...