Wednesday, May 16, 2012

Pas Kedah Korban Tanah Wakaf Demi Pusat Hiburan?????



Menteri Besar Kedah, Ostad Azizan Abdul Razak bertegas untuk membenarkan kontraktor merobohkan Madrasah Salihiah walaupun beliau berkemungkinan akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Persoalannya mengapakah beliau begitu bersemangat untuk mengambil-alih tanah wakaf khusus untuk warga Islam di Kanchut, Alor Setar.

Apakah ini jenis perjuangan Islam yang sering mereka war-warkan? Beretorik melaungkan kalimah Allahu Akbar setiap kali ceramah namun apabila diberi sementara nikmat kuasa terus dibutakan hati dan mata. Pihak kami difahamkan yang paling mengharapkan projek pembangunan di kawasan itu diteruskan ialah seorang bangsa cina yang bernama Sunny Ho.

Sonny Ho adalah nama seorang taukey Cina yang menyokong kuat DAP yang terlalu teringin sangat hendakkan tapak Madrasah Salihiah untuk dibangunkan kelab dan rumah maksiat. Sebelum ini Sonny Ho adalah seorang taukey babi sahaja, oleh kerana terlalu rapat dengan pemimpin DAP dan Pas Sonny Ho berjaya menjadikan dirinya jutawan segera apabila beberapa bidag tanah kerajaan DAP berjaya diambil alih.

Yang jelik ialah, isu ini langsung tidak dipandang oleh Nuar Berahim dan juak-juak Endorgan  dokongan beliau yang berada didalam Pas? Mengapa isu ini tidak diperjuangkan? Apakah kepentingan umat Melayu dan Islam di kawasan ini tidak memberi sebarang signifikasi kepada perjuangan beliau?

Namun yang lebih menjelikkan ialah, dimanakah Nik Aziz dan Hadi Awang bilamana kerajaan Pas Kedah mahu meranapkan bangunan yang berusia 100 tahun itu? Dimana ideologi menegakkan negara Islam yang beliau perjuangan, andai tidak mampu menghalang perobohan sebuah surau?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...