Kerajaan
pentadbiran PAS di Kedah kian terdesak dengan isu hutang KUIN.jika di
lihat permasalah KUIN belum nampak kesudahan,apakah Kerajaan Negeri
Kedah bawah pentadbiran PAS sudah tersepit dengan kemelut KUIN sehingga
tidak mampu di selesaikan?

1. Tuntutan
terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak LEMBAGA PENGARAH KUIN
dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk
perbandaran dan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam JPA sahaja. Tuntutan
dilakukan agar KUIN lbh telus dan jelas mengenai status dan tarikh
pembayaran kenaikan 13% tersebut. Jika KUIN adalah adalah sebuah
institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak LEMBAGA PENGARAH,
maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan gaji mereka daripada 13%
kepada 20%.
2. Bayaran
balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada
institusi kewangan, badan yg memberi pinjaman, insuran dan institusi
pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN
terhadap gaji kakitangan yang terlibat.
Majlis solat
hajat diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis
kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga
menyebabkan kebajikan mereka terabai. Majlis sebelum itu diserikan
dengan ceramah motivasi bertajuk JOM AMANAH yang disampaikan oleh Tuan
Syeikh Ahmad Fisol b. Hj Omar Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.
Sumber : Unit Media Kedah
No comments:
Post a Comment