Thursday, May 3, 2012

Mengamuk Bakar Jentolak… Takkan Itu Sahaja Yang Mampu Dibuat Melayu Sungai Kob?



Semalam (15 Februari) satu perkembangan menarik telah berlaku di Sungai Kob. Satu laporan polis telah dibuat berhubung khianat dengan api (Sg. Kob RPT 376/12).
Laporan polis telah dibuat pada pukul 10.31 pagi oleh Tan Huang Seng, seorang kontraktor pembinaan di kawasan Memorial Park Sungai Kob. Dalam laporannya, Tan Huang Seng mengatakan sebuah jentera caterpillar telah dibakar mengambiklan kerosakan pada bahagian enjin dan tayar.

Kes berkenaan disiasat di bawasah Seksyen 435 KK.
Nampaknya ada pihak tertentu yang sedang berusaha untuk menaikkan kemarahan orang ramai yang sememangnya sudah tidak boleh bertahan dengan sikap melampau yang ditunjukkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Membuat tuduhan kononnya, jentera tersebut telah dibakar dan dikhianati, secara jelas menuduh orang kampung yang seratus peratus beragama Islam dan berbangsa Melayu, adalah PENJAHAT dan PENGKHIANAT sekalipun kampung mereka yang telah dicerobohi untuk kewujudan sebuah tanah perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara.
Setakat ini, motif khianat belum dikenalpasti tetapi Tan Huang Seng secara jelas, cuba menyalahkan penduduk yang membantah memorial park itu.
Begitu mudah orang Melayu dijadikan mangsa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...