Thursday, May 3, 2012

Bantahan Yang Disusuli Amaran Kepada Memorial Park Sungai Kob!



Selepas solat Jumaat semalam, satu demonstrasi telah diadakan untuk membantah Memorial Park Sungai Kob, Karangan yang bakal menjadi Memorial Park di Asia Tenggara apabila ia siap kelak.

Penduduk mulai berkumpul di luar Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Mewakili Penduduk Mukim Karangan. Jumlah kehadiran adalah lebih kurang seramai 750 orang.

Antara yang hadir termasuklah Wahi bin Sidin, Pengerusi Bertindak dan Ahmad Asi Ariffin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Serai.

Rata-rata, mereka yang hadir sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang langsung tidak menghiraukan masalah tersebut. Malah mereka juga mendesak agar rojek tersebut tidak diteruskan.

Melihat kepada banner yang dibawa, perkara ini sebenarnya boleh menjadi barah yang lebih merbahaya pada masa hadapan memandangkan provokatif pada banner-banner berkenaan menunjukkan isi hati penduduk yang bukan sahaja kecewa kerana nasib mereka tidabaikan, tetapi juga kerana penjajahan berbentuk baru yang langsung tidak mampu ditolak lagi.

Terdapat lebih kurang 10 banner dan setiap satunya berbunyi seperti berikut:

(1) Pemimpin Cina tolong Cina, Pemimpin Melayu Tolong Siapa?

(2) Macam mana Boleh Lulus? – Anak Jati Karangan

(3) Jangan Main Api!!!

(4) Jangan Ketepikan Hak Kami – Orang Islam di Karangan

(5) Syarat-Syarat Tanah Untuk Pertanian, Bukan Untuk Perkuburan

(6) Kawasan Melayu, Kubur Cina, Apa Muslihatnya?

(7) Bersatu Demi Agama Islam Untuk Kampung Kita

(8) Pindah Projek Ke Tempat Lain

(9) MELAYU JOM BANGUN DAN MUSNAHKAN JIRAT CINA

(10) ORANG ISLAM BANGUN DAN TENTANG BERSAMA HADIR DI HADAPAN MASJID

Demonstrasi bermula di luar Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob. Kumpulan tersebut kemudiannya bergerak ke hadapan lokasi tapak pembinaan Memorial Park dan berkumpul di hadapannya. Beberapa orang daripada mereka turut berucap  serta melaung membantah pembinaan Memorial Park.

Majoriti yang hadir adalah Melayu-Islam setempat termasuklah kanak-kanak dan remaja. Ternyata isu Memorial Park mendapat sambutan dan menimbulkan kesedaran luar biasa di kalangan penduduk tempatan.

Seharusnya pihak kerajaan negeri mula bertindak untuk mengatasi masalah yang lebih buruk daripada berlaku. Jangan kerana yang membantah itu adalah orang Melayu, maka, tiada perlu sebarang tindakan proaktif dilakukan kerana beranggapan, orang Melayu mudah dipujuk. Kalau layanan terhadap bukan Melayu yang membuat tuntutan atau tekanan diberikan bagai menatang minyak yang penuh, mengapa orang Melayu-Islam dianggap sebagai bangkai yang berulat?
Tiada gunanya memperkatakan tentang sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya, perjuangan yang ada hanyalah untuk golongan bukan Islam.
Buktinya…. MEMORIAL PARK SUNGAI KOB, KARANGAN!

Jangan sampai nanti penduduk di perkampungan-perkampungan yang terdapat di sekitar Memorial Park tersebut mengamuk dan mula mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri, baru pihak negeri nak berbuat sesuatu, rasa-rasanya masa itu segala-galanya sudah terlambat. Pada ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur!
Takkanlah Kerajaan Negeri dari parti politik yang berjenama Islam sanggup melihat umat Islam menumpahkan darah, merosakkan harta benda malah mewujudkan kekacauan hanya semata-mata kerana kelemahan Kerajaan Negeri yang terlebih memberi muka kepada taukeh-taukeh Cina!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...