Friday, June 29, 2012

REKTOR PECAH AMANAH, WARGA KUIN BUAT LAPORAN POLIS


Lima warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada Rabu membuat laporan polis terhadap Rektor kolej universiti itu Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwa pecah amanah. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 1 tengah hari. Kuin merupakan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah.


Seorang daripada warga kerja Kuin yang enggan dikenali berkata mereka membuat laporan itu bagi polis menyiasat tindakan kolej itu yang didakwa tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.

Dakwanya ada antara mereka yang telah menerima surat bagi tindakan mahkamah, ada yang kereta mereka telah ditarik balik oleh pihak bank dan ada di antara mereka telah ditamatkan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Katanya pada 20 Mei lalu, dia dan beberapa warga kerja ada menghantar satu memorandum kepada Rektor Kuin namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian masalah diambil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...