Saturday, May 19, 2012

Pemuda PAS diTangkap Rosakkan Bendera PAS????


Seperti biasa juak-juak Pas cuba mengaitkan insiden tersebut dengan BN/UMNO. Namun setelah menurut pendedahan Aktivis Umno Pekan Naka jejaka separa kacak yang ditangkap itu MOHD NAIM B ABDULLAH. Beliau merupakan anak kepada arwah ABDULLAH B SHAFIE yang merupakan AJK PAS CAWANGAN TUALAK daripada tahun 2000 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar tahun 2004.



MOHD NAIM sebenarnya adalah AHLI PAS CAWANGAN KG BARU TUALAK, malah beliau juga aktif mengikuti aktiviti-aktiviti PAS seperti ceramah, memasang bendera dan poster. Beliau sebenarnya kecewa dengan perjuangan dan halatuju PAS pada hari ini yang dilihat sudah lari daripada landasan perjuangan yang sebenar.

Malah beliau sebenarnya sangat kecewa dengan kepimpinan PAS Padang Terap terutamanya YB Demam Nasir Zakaria yang di lihat mengamalkan politik kotor hingga sanggup mencantas orang-orang dalam PAS Padang Terap. Antara yang menjadi mangsa ialah Azam Allaniyyi, Setiausaha Pas Kawasan Padang Terap yang juga merupakan orang Tualak. 

Begang dan marah serta tidak dapat menerima hakikat, MOHD NAIM menjadi terlalu tertekan dan akhirnya hilang kawalan diri sehingga bertindak membuang dan merosakkan semua bendera Pas yang dipasang. Kerana selama ini dia sering dimomokan dengan propaganda kononnya hanya UMNO sahaja merupakan parti yang suka cantas-mencantas dan bukan sebaliknya. Ini kerana selama ini dia telah didoktrinisasikan dengan fahaman Pas merupakan parti ISLAM yang mengamalkan politik mengikut sunnah Nabi Muhammad saw. 
_________________________________________________
Laporan Berita Sinar Harian

Tindakan seorang pemuda berusia lingkungan 20 tahun, merosakkan dan membuang bendera parti politik yang dipasang di tepi jalan raya, hanya mengundang padah apabila dia dibawa ke balai polis setelah ditangkap ketika melakukan perbuatan itu.

Pemuda terbabit yang dipercayai berasal dari Tualak, dilihat bertindak membuang bendera milik Pas dan PKR di sepanjang laluan Jalan Tualak-Kampung Barokhas yang dianggarkan sejauh 10 kilometer, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Nerang, Mohd Azam Abd Majid berkata, tindakan pemuda berkenaan disedari penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Saya dimaklumkan terdapat seorang lelaki memandu kereta jenis Proton Satria berwarna putih, bertindak membuang bendera Pas dan PKR, selaku Pengarah MTD, saya meminta mereka memantau kegiatan lelaki berkenaan.

“Orang kampung bertindak menangkap lelaki berkenaan dan dia diserahkan kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...