Wednesday, May 2, 2012

Kerajaan PAS Kedah Suruh Pohon Lesen Pusat-Pusat Maksiat Di Kedah

Tayang Keta Baru...

Memang ‘hebat’ dan ‘sejahtera’ negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS dan Pakatan Haram. Biarpun masih banyak agenda manifesto PRU12 yang gagal dilaksanakan, Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, dilihat begitu ‘mesra rumah urut’!
Kalau dulu sebelum berjaya menjajah negeri Kedah, PAS telah bertindak mencanang mengutuk Barisan Nasional sebagai ‘kerajaan kafir’ kerana meluluskan lesen pusat-pusat hiburan dan refleksologi. Tapi kini setelah memerintah Kedah, PAS luluskan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri Jelapang Padi itu. Malah dengan pemantauan yang minimum oleh Exco yang asyik naik turun pentas berkempen ceramah politik, pusat-pusat hiburan dan rumah urut haram tumbuh bagai cendawan!
Sebenarnya, Kerajaan PAS Kedah arif dan tahu mengenai kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut ini. Itupun setelah diberitahu dan diberi amaran oleh para pemimpin UMNO/BN di Kedah yang “kasihan” terhadap Azizan Razak yang cuba digulingkan oleh “pemimpin PAS Kedah” sendiri.

Menyedari kesilapan mereka yang “lena” dan bersikap “tutup sebelah mata”, Exco Kerajaan Tempatan yang digugurkan port folio Jabatan Kerja Raya, Datuk Phahrolrazi Zawawi mula ‘bersuara’ garang terhadap pusat-pusat hiburan dan rumah urut haram tersebut.
Baru-baru ini, Phahrolrazi yang cuba menggulingkan kepimpinan Azizan, telah menggesa agar pengusaha-pengusaha pusat-pusat hiburan dan rumah urut haram itu agar memohon lesen secara sah dari Kerajaan ‘Islamik’ PAS Kedah!
Selain itu, dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian tersebut, dia juga cuba ‘mengurangkan’ jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut haram itu. Dia mendakwa bilangang pusat-pusat maksiat itu “hanya sedikit sahaja” pada pandangan matanya…
Pelik benar! Saya fikir, sekiranya sebuah kerajaan yang “Islamik” seperti PAS Kedah, sudah tentu mereka akan menutup, menyita, denda dan bawa para pengusaha pusat-pusat hiburan dan rumah urut itu ke muka pengadilan!
Sebaliknya, dia menggalakkan pula pertumbuhan pusat-pusat maksiat itu dengan menyuruh para pengusahanya memohon lesen dari Kerajaan “Islamik” PAS Kedah? Rakyat Kedah suruh tutup dan basmi pusat-pusat maksiat, tapi Azizan melalui Phahrolrazi kian “menternak” dosa di bumi Jelapang Padi?
Mana perginya ayat-ayat Al-Quran yang selama ini dibaca di depan rakyat Kedah? Mengapa kini ayat-ayat Al-Quran itu dibaca kepada diri mereka sendiri untuk menyedarkan diri betapa “toghuuut”nya Kerajaan PAS Kedah?

Apakah ini cara Kerajaan PAS Kedah mencari duit lebih untuk dana pilihanraya mereka pada PRU13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi? Kalau benar pun nak cari duit lebih, carilah dengan cara yang diredhai Allah SWT. Bukan dengan menjahanamkan moral dan kehidupan sosial rakyat negeri Kedah!
Beginikah “Kedah Sejahtera” pada kaca mata PAS Kedah? Jika begini, rasanya rakyat Kedah akan serik memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Haram pada PRU13 ini. Rasanya, meskipun UMNO/BN tidak punya perkataan “Islam” pada nama parti mereka, dasar kerajaan UMNO/BN lebih Islamik berbanding PAS..!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...