Tuesday, May 22, 2012

GEMPAR!!!!! OSTAD JIJAN RAZAK PANIK, ANCAM DAN UGUT STAFF KUIN???


Mengikut perancangan seramai 300 orang kakitangan KUIN dijadualkan mengadakan demostrasi aman bagi mendesak agar Rektor INSANIAH (KUIN), Prof. Dato Wira Dr Jamil Osman meletakkan jawatan atas kegagalan mengurus tadbir organisasi tersebut sehingga menyebabkan ramai antara mereka rasa tertindas. Selain dari kakitangan, pensyarah-pensyarah turut telah menyatakan kesedian untuk menyertai demonstrasi tersebut.


Namun tiba-tiba pihak kami telah dimaklumkan demo tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Dan pihak penganjur gagal untuk dihubungi bagi memberikan sebarang penjelasan dan maklumbalas mengenai pembatalan tersebut.

Tidak berpuas hati dengan maklumat tersebut, pihak kami telah menghubungi salah seorang pensyarah di KUIN bagi mendapatkan maklumat yang sebenar. Menurut pensyarah tersebut (yang meminta agar nama beliau dirahsiakan), pihak penganjur, pensyarah dan kakitangan telah diberi AMARAN oleh pihak pentadbir dan kerajaan negeri.

Mereka seolah-olah di ugut akan diambil tindakan tatatertib sekiranya masih berhasrat untuk meneruskan demonstarsi tersebut dan berkemungkinan akan dibuang kerja sekiranya masih berdegil. Walaupun agak kecewa dengan arahan tersebut, namun rata-rata terpaksa akur kerana memikirkan tanggungan sekiranya mereka dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Persoalannya, sebelum ini PAS melalui pakatan sering melabelkan kerajaan BN dan UMNO sebagai pemerintah yang mengamalkan 'kuku besi', diktator dan sebagainya. Namun kejadian tadi membuktikan semua tuduhan yang dilemparkian selama ini telah terpalit kepada PAS sama ada dalam sedar atau tidak.

Mereka juga yang selama ini kononnya sebuah parti gabungan yang mehukan agar kerajaan BN/UMNO memberikan hak untuk bersuara kepada rakyat telah memperlihatkan watak yang sebenar melalui insiden KUIN ini.

Dimanakah hak bersuara dan kebebasan rakyat, kakitangan dan pensyarah KUIN sekiranya mereka diugut dengan pelbagai ugutan andai mahu menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati?? Kepada warga KUIN, bersabarlah dan terus berdoa agar kerajaan PAKATAN di Kedah dapat ditumpaskan agar nasib dan kebajikan rakyat kembali terbela. Ternyata pakatan hanya mampu untuk mengumpan dengan seribu satu janji dan cerita kosong namun dari segi perlaksanaan mereka jauh lebih teruk dan buruk dalam mengurus tadbir sebuah kerajaan negeri. 

Jadikanlah ia sebagai satu pengajaran dan iktibar.. Ayuh bersama hidupkan 'Gelombang MERAH' bagi memastikan pakatan rakyat diNYAHkan dari bumi Kedah..

TAKBIRR!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...